mY fAMiLy....

mY fAMiLy....

Monday, January 24, 2011

9 peTuA dOa DimaKbUL...

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.



1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: 
"Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya".

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
"Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
"Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: 
"Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: 
"Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: 
"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: 
"Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

ReNuNgKAnLaH bErSamA..

Iblis takbur kerana ia telah dijadikan daripada api,dan ia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam yang dijadikan daripada tanah.Dan merasakan dirinya tidak layak merendah diri tunduk kepada Adam.Demikianlah sifat takbur membinasakan diri siapa yang bersifat dengannya.

Sifat takbur,sombong,ujub dan sebagainya dapat diketahui melalaui tanda-tanda pada diri manusia.Di antara tanda-tanda ialah:

1. Merasa bangga melihat dirinya lebih maju berbanding orang lain.
2. Suka menonjolkan diri pada semua tempat dan keadaan.
3. Minta dikedepankan di majlis-majlis keramaian.
4. Bergaya angkuh ketika berjalan.
5. Membantah teguran orang lain walaupun ternyata bersalah.
6. Tidak menghiraukan sebarang bentuk teguran atau saranan.
7. Menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Sering menganggap dirinya benar.
9. Suka memuji diri sendiri.
10. Bermegah diri dengan keturunannya yang mulia.
11. Menghina mereka yang lebih rendah darinya.

Syeikh Abu Madyan di dalam Hikamnya menyebut;

"Tidak memberi faedah membanyakkan amal ibadah sedang di dalam hati terselit takbur dan tidak memberi mudharat kurang beribadah(sunat) dalam merendahkan diri(tawadhu')"...

CirI wAniTA yAnG JangAN DikAhWinI...


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Sunday, January 23, 2011

kRiTerIa LelAki SoLEh..

Islam mengariskan ketetapan yang jelas kepada golongan lelaki untuk mengejar tahap soleh dalam kehidupan mereka.Antara kreteria lelaki soleh harapan agama dan merupakan dambaan wanita adalah:

  • Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • Jihat Fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  • Mati syahid adalah cita2 hidup yang tertinggi.
  • Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah.
  • Ikhlas dalam beramal.
  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  • Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanNya.
  • Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  • Solat malam menjadi kebiasaannya.
  • Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah.
  • Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  • Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjaga ukhwah di antara mereka.
  • Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
  • Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
  • Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling ingat mengingati sesama ikhwan dan tawadduk penuh kepada Allah.
  • Kasih sayng dan penuh pengertian kepada keluarga. 

kEraNa sEbiJi ePaL...

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yang berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yang sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan. 


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yang lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yang dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yang dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yang wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yang amat disegani di kawasan itu yang berasal daripada keturunan Imam Husin r.a, dikenali sebagai Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat untuk mengujinya dengan mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dengan syarat tersebut. 

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dengan Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yang bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju untuk menikahi puteri Syeikh Abdullah. 

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita yang cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yang tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yang soleh ini lahirlah seorang wali Allah yang amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dengan gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab..

KiSah SemUt YAnG tAbaH..

   Suatu hari,ada seorang Arab Badwi yang bermusafir untuk keperluan. Ketika dia berasa sangat letih, kepenatan dan putus asa,dia lantas duduk dan berfikir untuk kembali ke tempat asalnya. Tiba-tiba,dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar,lalu semut tersebut jatuh ke bawah dan kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Peristiwa tersebut berlaku berulang kali,namun si semut tetap berusaha dan berusaha, hingga akhirnya ia berhasil sampai keatas batu besar tersebut.

    Melihat keanehan kejadian tersebut, Arab Badwi tersebut berkata dalam hatinya,"saya seharusnya lebih pantas untuk bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut". Lalu dia pun meneruskan perjalanannya kembali, hingga akhirnya dia pun sampai ke tempat tujuan yang diinginkan,lalu dia berkata, "Cari dan Usaha,jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit bagi orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan". Sesungguhnya dalam kehidupan semut terdapat pelajaran dan teladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, tekad kuat, kesabaran, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah dan bosan.=)

UngU-dEngAn NafAsMu....